Mahfuz hairan PAS 'flip-flop' tolak kerajaan perpaduan

  • 4 years ago
Naib Presiden AMANAH, Mahfuz Omar meluahkan rasa hairan terhadap PAS kerana menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan atas alasan ia membabitkan DAP.

Sebelum ini katanya, PAS sendiri yang ini membawa usul percaya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kekal dengan jawatan itu sehingga habis penggal.

Ahli parlimen Pokok Sena itu mendakwa, ketika itu PAS tentu tahu DAP bersama Mahathir dalam kepimpinan kerajaan.

"Kenapa hari ini mereka tak boleh terima DAP? Sedangkan kalau itu yang dihasratkan untuk melihat kerajaan tanpa pembangkang, kita harus terima sesiapa saja untuk berada dalam kerajaan membina kembali Malaysia untuk lebih maju ke hadapan."

"Saya hairan bagaimana politik 'flip-flop' dibawa oleh PAS yang dahulu mencadangkan kerajaan perpaduan tiba-tiba menolak kerajaan merentasi sempadan parti politik yang dicadangkan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad)," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mahfuz turut menyifatkan kumpulan itu sebagai tidak berjiwa Malaysia dan anti-perpaduan yang diharapkan oleh rakyat di negara ini.

Recommended