Husam nasihat PAS insaf, terima takdir tak jadi kerajaan

  • 4 years ago
Pengerusi PH Kelantan, Senator Husam Musa berkata usaha mengumpulkan akaun bersumpah (SD) di kalangan ahli parlimen bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad habis penggal bukan perkembangan yang baik.

Katanya, PH sudah pun memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir, maka tidak timbul lagi usul percaya atau tidak.

Dengan itu, Husam menasihatkan PAS supaya insaf dan menerima takdir Tuhan bahawa PAS tak berjaya menjadi kerajaan.

Tegas Husam lagi, tidak perlu mengganggu PH sehingga pilihan raya umum akan datang.

Husam berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bantuan Bencana Padi di Kota Bahru, hari ini.