Sambal Tumis Ikan Bilis (Sambal Nasi Lemak)

  • 4 years ago
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
(Untuk Nasi Lemak & Pelbagai Kegunaan)
Bahan-bahannya:
100 gm cili kering
190 gm ikan bilis yang telah dibersihkan
350 gm gula
20 gm garam kasar
3 ulas (20 gm) bawang putih
3 biji (300 gm) bawang besar
20 gm belacan
30 gm asam jawa
200 ml air
1/4 sd teh serbuk perasa
10 gm serbuk pati ikan bilis (atau 1 kiub)
1 sd besar (25 ml) minyak masak
2 biji (250 gm) bawang besar - dihiris
300 ml minyak masak (untuk menggoreng & menumis)

(Sila rujuk video untuk cara penyediaan)

INFO
Sambal tumis ikan bilis untuk sambal nasi lemak yang boleh juga dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk, lontong, cicah lempeng dan cucur, roti canai dan sebagainya.

Sambal tumis ini juga boleh digunakan sebagai rencah untuk menggoreng mee, bihun, kuey teow dan lain-lain untuk menambahkan keenakannya.

Boleh ditambah petai, udang, sotong, kerang, terung dan lain-lain untuk variasi sambal. Simpan sambal tumis ini ke dalam peti sejuk selepas dimasak dan sebelum digunakan lagi untuk kegunaan yang seterusnya.

Selamat Mencuba!

Recommended