Tak mudah tadbir Malaysia - PM

  • 4 years ago
Mentadbir sesebuah negara seperti Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang mudah, kata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pencapaian Pakatan Harapan yang boleh dibanggakan sepanjang dua tahun memerintah selepas memenangi pilihanraya umum.

Menurutnya lagi, Pakatan Harapan berjaya mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional tanpa sebarang perhimpunan jalanan dan ditadbir oleh gabungan 5 parti yang mempunyai kekuatan yang sama.

Walaupun perkara ini dipandang remeh sesetengah pihak, baginya ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang PH mengambil alih pentadbiran 20 bulan yang lalu.