Tok Mat: Pesona nafsu sungguh merbahaya
  • 4 years ago
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan parti itu supaya tidak "terpesona dengan nafsu" berhubung spekulasi kerajaan campuran membabitkan Bersatu, Umno dan PAS.


Dalam satu kenyataan, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menjelaskan, "pesona nafsu" sangat merbahaya dan dalam politik perlu ada kejelasan dan tujuan "lamaran".


Beliau turut mempersoalkan sekiranya lamaran itu strategik kepada kepentingan bangsa, agama dan parti, serta mengingatkan parti itu supaya mempertimbangkan perkara itu dengan semasak-masaknya.


Spekulasi mengenai kerajaan campuran tercetus apabila perkara itu dibangkitkan Ahli Majis Tertinggi Lokman Noor Adam pada 3 Feb lalu.


Lokman tampil membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.