Mangsa lemas timbul tidak jauh dari lokasi tragedi
  • 4 tahun lalu
Mangsa lemas timbul tidak jauh dari lokasi tragedi BERITA SEMASA 20 JANUARI 2020 Kesemua empat mayat mangsa lemas di Pantai Teluk Bidara, Dungun ditemui pada jarak lapan kilometer daripada lokasi kejadian selepas lebih 48 jam operasi mencari dijalankan. Mangsa merupakan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) jurusan Diploma Kejuruteraan Pembuatan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Automotif ditemukan pada Ahad (19 Januari) antara jam 7.30 pagi hingga 3 petang, laporan wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim dan Rubiah Omar. #BeritaSemasa #SinarHarian