Isu tanglung di sekolah: ‘Saya menang, saya punya satu surat, 7 menteri turun’
  • 4 years ago
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi hiasan tahun baru Cina di sebuah sekolah di Puchong hari ini “mengisyhtiharkan kemenangan”.
“Saya sudah menang sebab saya satu surat, tujuh menteri turun. Mesyuarat kabinet 15 kali ulang nama saya.

“I (saya) punya satu surat turun tanglung, tujuh menteri turun untuk naikkan balik itu tanglung.

“I dah menang,” katanya yang juga naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan pemimpin lantang Ibrahim Ali.

Khairul berkata demikian selepas memberi isyarat jari ‘V’ kepada petugas media di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini.

Ditanya maksud isyarat itu, beliau “victory” (kejayaan).

SKMM hari ini memanggilnya untuk dirakam kenyataannya.

Beliau sebelum ini menulis surat bantahan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Di tengah-tengah kontroversi, tujuh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, turun padang bagi menyatakan sokongan kepada usaha memupuk perpaduan sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum itu.

Sementara itu, Khairul juga berkata dikehendaki hadi ke ibu pejabat polis daerah Serdang pula selepas itu.
Recommended