Biadab antara kaum akan berterusan selagi ada sekolah vernakular
  • 4 years ago
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata pergeseran dan kebiadaban antara kaum akan berterusan selagi wujudnya sekolah vernakular yang tidak berbahasa kebangsaan di negara ini.

Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana pihak, tetapi kenyataannya itu dibuat di tengah-tengah isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular hangat diperkatakan sehingga membawa kepada bantahan pelbagai pihak.

Dalam hantaran facebooknya dia menulis, kemelut kebiadaban yang tidak putus-putus.

“Hendaklah kita semua bersatu dan melupakan perbezaan antara kita dalam mengembalikan kekuatan negara dengan kuasa politik yang menjanjikan ketegasan dalam menghadapi kebiadapan ini,” katanya dalam hantaran beliau di Facebook malam semalam.

Kenyataannya itu dibuat selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Jawi yang dianjurkan oleh Gabungan Seni Khat Action Team (Sekat), petang semalam.