Pencemaran bau air belum capai sifar TON setakat 6 pagi ini

  • 4 years ago
Loji rawatan air di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih ditutup setakat hari ini dan akan kekal ditutup sehingga bacaan pencemaran bau turun ke sifar TON (ukuran kadar bau).

Berdasarkan pemantauan sampel air, Pengurusan Air Selangor berkata bacaan pencemaran telah mencapai dua TON pada jam 6 pagi ini.

Ini meskipun usaha berterusan sedang digerakkan oleh beberapa pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah sebaik sahaja pencemaran itu dikesan di Sungai Semenyih pada Sabtu lepas.

"Berdasarkan pemantauan yang dijalankan sehingga 6.00 pagi ini, kadar pencemaran bau masih kekal di paras 1 TON dan adakalanya naik ke 2 TON.

Pihak Air Selangor telah menggerakkan 70 Lori Tangki Air, 16 Lori Tangki Jumbo,31 Tangki Statik serta 10 Pili Air Awam ke seluruh kawasan yang terlibat. Keutamaan adalah hospital di mana lori tangki jumbo telah digerakkan ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang