Otai Reformis hantar memo desak pecat Azmin dan pasukan
  • 4 years ago
Kumpulan veteran gerakan reformasi 1998 Otai Reformis menyerahkan memorandum kepada PKR bagi mendesak tindakan diambil terhadap Timbalan Presiden Azmin Ali dan pasukannya.

Memorandum itu turut disokong oleh kumpulan pendesak Jingga 13 dan badan yang yang menamakan diri mereka Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) dan Anak Reformasi.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Selangor, kepada wakil Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Bercakap kepada pemberita, Idris menggesa Azmin dan pasukannya dipecat daripada jawatan atau digantung keanggotaan kerana tidak hadir “tanpa alasan” hari terakhir Kongres Nasional PKR di Melaka minggu lepas.

Idris juga menyenaraikan nama lima pemimpin pro-Azmin, iaitu Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Hilman Idham, Menteri Besar Amirudin Shari, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan exco Pulau Pinang PKR Permatang Pauh Dr Afif Bahardin.