Ucapan Naib Ketua Wanita PKR dibanjiri "boo", "pengkhianat" apabila sebut nama Azmin
  • 4 years ago
Ucapan semasa sesi pergulungan Naib Ketua Wanita PKR, Sangeetha Jayakumar hanya dibanjiri dengan "boo" dan "pengkhianat" oleh ahli yang hadir di dalam dewan apabila dia menyebut nama Azmin Ali di dalam ucapannya.

"Datuk Seri Azmin Ali adalah timbalan..." kemudian ucapan Sangeetha diganggu dengan sorakan "boo".

Kejadian ini berlaku semasa ucapan pergulungan Sangeetha dalam Kongres PKR di MiTC, Melaka, hari ini.