Tiada isu Mizan tak dibenarkan masuk kongres AMK
  • 4 years ago
Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua skuad PKR, Gary Marimuthu yang mendakwa insiden kekecohan itu tercetus kerana Timbalan Ketuanya, Hilman Idham cuba membawa masuk Mizan ke kongres.

Namun, Hilman menepis dakwaan itu dan menjelaskan isu pelucutan jawatan Mizan sebenarnya telah dibangkitkan dalam pertemuan antara Presiden Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Azmin Ali tempoh hari.

"Kalau mahu diganti mesti dalam kongres. Antara perbincangan Anwar dan Azmin dipersetujui pengerusi tetap memulakan kongres.

"Peraturan tetap kongres AMK tak boleh dimulakan tanpa pengerusi tetap dan timbalan. Tanpa mereka kongres tak boleh dimulakan.

"Sepatutnya Mizan ambil alih dahulu. Sebaik sahaja ambil alih Mizan dan Ramly akan letak jawatan bagi proses pemilihan baru," katanya.
Recommended