Abu Chin Peng, arwah Adib, penembak babi terhebat dipetik dalam ucapan dasar Pemuda Umno
  • 4 years ago
Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menggunakan perhimpunan untuk terus mengkritik kerajaan PH khususnya DAP sebagai rasis dan chauvinis.

"Siapa yang jelajah ke luar negara mendakwa rakyat Hindu di negara ini ditindas dan dizalimi? Siapa yang tuduh orang Melayu sebagai kaum pendatang? Siapa yang hina tulisan Jawi dan dikaitkan dengan pornografi?" katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Pemuda Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

“Siapa yang hina Angkatan Tentera dengan mendakwa mereka hanya tahu makan dan tidur sahaja?" tanya Asyraf sambil dibalas dengan laungan "DAP" oleh para perwakilan.