Warga Indonesia dakwa kena pukul belum buat laporan polis

  • 4 years ago
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq berkata pihaknya masih lagi menyiasat kesahihan video yang viral menunjukkan peminat bola sepak Indonesia dipukul oleh penyokong Malaysia selepas perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada hari Selasa lepas.

Namun dia memerlukan kerjasama mangsa didalam video itu membuat laporan polis untuk melengkapkan penyiasatan.

Sementara itu Syed Saddiq memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang surat daripada kerajaan Indonesia yang menuntut Malaysia memohon maaf susulan insiden pergaduhan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada 19 November lalu.