Konvensyen PKR Sarawak dibatalkan bukan keputusan Baru Bian
  • 4 years ago
Mengulas keputusan PKR Sarawak membatalkan konvensyen Sabtu ini ekoran isu perasmi kongres, Azmin Ali berkata itu keputusan bersama pimpinan negeri, bukan keputusan Pengerusi Baru Bian seorang.

Beliau berkata ia diputuskan demikian kerana perkembangan terkini dalam parti.

“Mereka mahu pucuk pimpinan di peringkat nasional serius memikirkan cadangan itu bagi memastikan perpaduan parti diberi keutamaan,” katanya.

Pada 15 Nov lalu, PKR Sarawak mengumumkan ia akan membatalkan konvensyen negeri selepas membidas Pemuda berhubung isu pembatalan undangan kepada Azmin sebagai perasmi kongres.

Semalam, Baru menegaskan mereka kekal dengan pendirian itu.