Mat Sabu perli PAS " Ini parti apa? Takda pendirian"

  • 5 years ago
Demi mengikut "Bossku", kata Mohamad Sabu, PAS sanggup meninggalkan Bersaja walaupun parti itu menjadi rakannya dalam Gagasan Sejahtera.

Menurut presiden Amanah itu, PAS kini sebuah parti yang tiada pendirian langsung kerana tidak tetap dalam kata-katanya berdasarkan ketetapan mereka di Cameron Highlands dan Tanjung Piai.

"Ini jenis parti apa, saya pun tak tahu... tak ada pendirian langsung.

"Dia tinggalkan Berjasa, parti (dalam) Gagasan Sejahtera, rakan dia, dia tinggal kerana nak ikut Bossku!" katanya semasa menyampaikan ceramah di Pekan Nanas, Pontian malam tadi.