Khalid Samad jamin tawaran terbaik untuk pemilik tanah Kg Baru
  • 4 years ago
Kerajaan mengemukakan tawaran lebih tinggi untuk membeli tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur, iaitu RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi kepada pemilik dan pewaris di kawasan tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, berkata tawaran baru itu memperuntukkan harga tanah akan dibayar secara tunai RM850 sekaki persegi, manakala baki RM150 sekaki persegi lagi akan diberikan kepada pemilik sebagai pegangan saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang bakal dibentuk.

"Perincian struktur pegangan saham akan diperinci dan dimuktamadkan sebelum perjanjian ditandatangani.

"Dengan saham ini bermakna pemilik kekal atas tanah yang dibangunkan. Kita nak galakkan orang Kampung Baru duduk dan datang balik ke Kampung Baru,”katanya dalam sidang media khas pengumuman hala tuju dan tawaran kerajaan kepada pemilik tanah Kampung Baru di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).