Mereka datang sebagai orang Melayu

  • 5 years ago
Himpunan Kongres Maruah Melayu bukan rasis atau bermotifkan politik kerana ia hanya membincangkan soal maruah orang Melayu tanpa mengecam kaum-kaum lain.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semua yang hadir pada kongres itu juga bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas kesedaran demi maruah bangsa Melayu.

“Tidak rasis kerana kita hanya bercakap soal Melayu, kita tidak kecam mana-mana kaum dan yang hadir juga tidak mewakili parti tetapi kerana mereka orang Melayu,” katanya dalam sidang akhbar sebaik kongres itu berakhir