Penyerang berparang suka tonton video Timur Tengah

  • 5 years ago
Menurut Ketua Polis Negara Abdul Hamid bador berkata kes yang berlaku di tetak di Pulau Pinang itu adalah terpencil dan penyerang terpengaruh dengan banyak video ganas dari Timur Tengah.

Katanya, suspek banyak menonton video yang didakwa membabitkan kekejaman terhadap orang Islam di rantau tersebut.

"Video ini kalau tak difahami, boleh menjadikan kemarahan," katanya.

Polis memandang serius dakwaan dibuat beberapa individu di media sosial berhubung kejadian tembakan di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata pihak yang memuat naik kenyataan tidak benar berhubung kejadian itu mempunyai niat "amat buruk".

"Ada pihak-pihak memuat naik artikel tidak tepat dan tidak betul (di media sosial berhubung kejadian itu) dengan niat untuk sakitkan hati pembaca... amat buruk niatnya," kata Abdul Hamid semasa menghadiri sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata jabatan siasatan jenayah sudah mengenal pasti individu terbabit dan pihak yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan tidak lama lagi.