Anwar, parti dia pun tak terima, mahu Tun terus memimpin - Hadi Awang
  • 5 years ago
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian supaya Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga habis penggal.

Beliau berkata Tun dipilih majoriti rakyat, diterima oleh ahli parlimen berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pandangannya juga, Parti Bersatu boleh diterima oleh ahli UMNO-PAS juga sebahagian ahli PKR berbanding Parti PKR yang dilihat mengalami kemelut dalaman memecahkannya kepada dua kumpulan.

Hadi Awang mengulas ketika ditanya banyangan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke lapan.