Ikatan, Berjasa kini sertai kerjasama Umno-PAS
  • 5 years ago
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Berjasa hari ini bersetuju untuk menyertai kerjasama politik yang digerakkan sebelum ini oleh PAS dan Umno.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Kata Abdul Hadi, Ikatan dan Berjasa akan menyertai kerjasama politik Melayu itu melalui Gagasan Sejahtera.

Kata anggota parlimen Maran itu juga Berjasa dan Ikatan menerima kerjasama dilakukan PAS dengan Umno yang dibuat atas kerangka taawun siyasi.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama, Presiden Ikatan Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Berjasa, Mohd Hazizi Ab Rahman.