Terserah polis nak haramkan Dong Zong
  • 5 years ago
Terserah kepada pihak polis untuk menentukan sekiranya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kumpulan pendidikan Cina yang membantah pelajaran pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular wajar diharamkan.

“Jika ia terus memainkan isu atau menghasut rakyat untuk bergaduh antara satu sama lain, sudah tentu ia bercanggan dengan undang-undang,” katanya pada pemberita di KLIA hari ini.

"Kami (perlu) sentiasa sensitif supaya tidak menghasut masyarakat berbilang kaum untuk bergaduh antara satu sama lain,” katanya pada pemberita di KLIA hari ini.
Recommended