Anwar ulas pelantikan Wong sebagai Pengerusi Seda
  • 5 years ago
Pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah WOh sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Seda) tidak melanggar manifesto pilihan raya PH.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata demikian ketika ditemui pada majlis simposium ekonomi di bangunan parlimen hari ini.

"Kami ikut manifesto," kata Lim ketika diminta mengulas lanjt mengenai pelantikan Wong ke dalam Seda.

Lim menggesa media untuk memeriksa isi kandungan manifesto PH.

Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum lalu berjanji untuk memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berasaskan kelayakan profesional dan bukan atas dasar politik.

Manifesto PH tidak menyebut pelantikan ahli politik ke dalam institusi kerajaan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim juga menolak teguran terhadap pelantikan Wong itu.

"Seda bukan syarikat berkaitan kerajaan. Ia badan berkanun. Ia juga bukan entiti perniagaan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas menghadiri simposium berkenaan.