Penjelasan kenyataan IGP berkenaan 'AGC putuskan penahanan Azmin'
  • 5 years ago
Semalam pihak kami telah memetik memetik The Star yang pada asalnya melaporkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sebagai berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) akan memutuskan sama ada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali perlu ditahan berhubung kes video seks.

Hamid dilaporkan berkata demikian ketika sidang media di Melaka.
Krew kami tidak berada di tugasan itu.

Kinittv difahamkan laporan semalam tidak tepat dan the Star telah membuat pindaan terhadap laporan itu lewat malam semalam.

Rakaman audio sidang media yang diperoleh pihak kami menunjukkan Abdul Hamid ditanya pemberita sama ada Azmin akan ditahan jika adan bukti terhadapnya


Bagaimanapun Hamid berkata: "Kenyataan beliau sudah diambil, di peringkat awal lagi sudah ambil."

Beliau kemudian berkata terpulang kepada AGC untuk memutuskan tindakan selanjutnya.