Food Bank halal, tiada lagi zaman beri sardin dan ikan kering
  • 5 years ago
Kerajaan dijangka akan menggunakan teknologi retort iaitu pemprosesan makanan dari dapur hotel untuk mereka yang dilanda musibah dan bencana alam, kata Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution Ismail.

Kata Saifuddin, tidak ada lagi zaman pemberian bantuan makanan berbentuk tin sardin dan ikan kering selepas ini pada masa depan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad berhubung mengenai status halal food bank.