Motovlogger: Minat atau duit?

  • 5 tahun lalu
MINAT!

Betul ke ni? Ya, benar. Ada motovlogger sendiri cerita kat saya.

Boleh percaya ke? Mestilah. Dia perempuan. Motovlogger ramai lelaki. Motovlogger wanita yang ada pun dua, tiga orang sahaja.

Itu yang diberitahu oleh pemilik akaun Youtube, Rider Helmet Pink, Nur Atikah Azwar, 24.

Dia menceburi aktiviti motovlog kerana minat. Ganjaran baginya adalah perkara nombor dua atau tiga. Tipulah kalau kata, dia akan tolak ganjaran jika ditawarkan. Siapa tidak mahu duit kalau ada yang sudi beri? Lebih-lebih lagi motovlogger yang popular, kalau kena caranya memang boleh buat duit.

Disyorkan