M'sia belum terima permintaan rasmi India untuk ekstradisi Zakir Naik

  • 5 years ago
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia belum menerima permintaan rasmi kerajaan India untuk mengekstradisi Dr Zakir Naik walaupun mahkamah negara itu sudah mengeluarkan arahan yang penceramah bebas itu perlu hadir ke mahkamah pada 31 Julai depan.

"Setakat ini, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri belum menerima permohonan dari kerajaan India," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri pada Khamis.

Semalam, sebuah mahkamah di India mengeluarkan arahan meminta Zakir hadir ke mahkamah negara itu pada 31 Julai ini atau berdepan dengan waran tangkap jika gagal menghadirkan diri. - Bernama