China lancar roket Long March -11

  • 5 years ago
China berjaya melancarkan roket Long March-11 dari platform pelancaran mudah alih di Laut Kuning pada Rabu.

Pelancaran kali pertama dari lokasi itu bagi menghantar dua satelit teknologi percubaan dan lima satelit komersil ke angkasa lepas.

Roket dinamakan "CZ-11 WEY" ini hasil perjanjian antara China Academy of Technology Vehicle Launch, China Space Foundation dan pengeluar kereta China.

Pelancaran roket pengangkut dari platform di lautan ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan berbanding atas tanah.

Antaranya, mengurangkan penggunaan jumlah tenaga yang diperlukan untuk masuk ke angkasa sekaligus menjimatkan bahan api.

Long March-11 dengan panjang 20.8 meter dan berat berlepas kira-kira 57.6 tan, merupakan roket generasi baharu China.

Ia digunakan terutamanya untuk membawa satelit kecil dan boleh mengambil beberapa satelit ke orbit pada masa sama. - RTM