Ezam tubuh parti untuk menentang rasuah

  • 5 tahun lalu
Datuk Ezam Mohd. Nor hari ini mengumumkan penubuhan Parti Negara, sebuah parti politik yang akan berjuang melawan rasuah.

Menurut Ezam, Parti Negara atau singkatannya NEGARA, berdiri pada satu matlamat iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara anti rasuah yang bersih dari gejala rasuah dalam segenap lapisan masyarakat.