Lim gesa keputusan PRU Zahid, Hisham dan Ismail disiasat

  • 5 years ago
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat inkuiri berkenaan dakwaan penglibatannya dengan laporan pemindahan pengundi tentera secara tidak sah di empat kerusi parlimen, dan sama ada keputusan di kerusi tersebut perlu diisytihar batal.

Empat kerusi Parlimen itu disandang pemimpin BN sebelum PRU ke-14 - Bagan Datuk (Ahmad Zahid Hamidi), Sembrong (Hishammuddin Hussein), Segamat (Dr S Subramaniam) dan Bera (Ismail Sabri Yaakob). Hanya Subramaniam yang tewas pada PRU lalu.

Dalam satu kenyataan, gesaan Lim itu susulan laporan bahawa siasatan terhadap Kementerian Pertahanan mendapati pegawai SPR terlibat dalam pemindahan pengundi tentera.

Minggu lalu, pengerusi SPR Azhar Harun berkata mereka akan menunggu laporan siasatan sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Menurut The Malaysian Insight, dakwaan tersebut sebahagian daripada laporan jawatankuasa siasatan khas tadbir urus, pemerolehan dan kewangan yang diketuai bekas ketua audit negara Ambrin Buang.

Recommended