Tindakan tak bertanggungjawab sebar risalah Syiah - IGP

  • 5 years ago
Polis memantau dan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat aktiviti bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita berhubung dakwaan sebuah NGO menyebar risalah fahaman Syiah di Terengganu.

Abdul Hamid menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan bekerjasama erat dengan jabatan agama negeri dan JAKIM untuk mengekang fahaman tersebut.

Recommended