Akta Hasutan akan dimansuhkan - Liew Vui Keong
  • 5 years ago
Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet untuk memansuhkan akta itu dan kini sedang melibat pelbagai faktor bagi melaksanakannya.

“Kami mahu memastikan bahawa tidak semestinya semua kenyataan yang dibuat boleh menghasut kerana kami ingin memastikan kenyataan tertentu mendapat beberapa bentuk kebebasan...tetapi bukan kami membenarkan semua orang untuk membuat kenyataan yang mencemarkan nama raja dan pemimpin kita khususnya,” katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar baru-baru ini bersempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan di sini, Liew berkata selepas pemansuhan akta itu, satu formula baharu akan diperkenalkan untuk menggantikannya.
Recommended