'Cina pegang TH? Eeii, Guan Eng yang selamatkan TH...yang curi Melayu'

  • 5 years ago
"Kerana puak-puak ini curi wang, kita terpaksa selamatkan!" kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad mengulas keputusan kerajaan dalam usaha menyelamatkan Tabung Haji yang melibatkan pakej penyelamatan sebanyak RM17.8 bilion supaya tidak menjejaskan penarafan kredit akibat hutang.

Kata Mohamad, menteri kewangan Lim Guan Eng yang berbangsa Cina komited dalam menyelamatkan institusi milik Bumiputera, namun pembangkang mempertikaikan langkah itu.

Beliau berucap pada ceramah umum bagi calon DAP Vivian Wong Shir Yee untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan malam tadi.