Vietnam sudah diberitahu tentang nelayan mereka ceroboh perairan Malaysia

  • 5 years ago
Menurut Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, masalah pencerobohan nelayan asing terutamanya dari Vietnam pada tahun ini semakin berleluasa dengan 41 bot telah ditahan oleh APMM, manakala Jabatan Perikanan menahan sebanyak 26 bot.

"Kes ini bukan baru tetapi akhir-akhir ini semakin meningkat mengikut musim kerana sekarang musim sotong. Mereka (nelayan asing) masuk dan tidak mengendahkan undang-undang perairan antarabangsa," katanya.

Ditanya sama ada tindakan penguatkuasaan sebelum ini kurang berkesan, Muhyiddin berkata setiap agensi menjalankan tugas dan operasi mengikut bidang masing-masing.