Malaysia Takkan Pernah Terima Israel | Edisi MG 23 JANUARI 2019

  • 5 years ago
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel oleh kerana mereka datang dari sebuah negara penjenayah.


Tun Dr. Mahathir memberitahu pemberita Malaysia dan asing selepas menyampaikan ucaptama persidangan Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Vienna International Centre (VIC) bahawa setiap negara mempunyai hak menerima atau menolak kedatangan orang lain dan Malaysia mempertahankan hak tersebut.


Menurut beliau lagi, para atlet ini datang dari sebuah negara yang melakukan apa saja yang mereka suka termasuk membina penempatan di negara orang dan mengusir penduduk dari negara itu sendiri.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended