TERKINI : Bersatu Cadang Agenda Bumiputera Dijenamakan Semula
  • 5 years ago
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddn Yassin hari ini mencadangkan agar agenda Bumiputera yang baharu dijenamakan semula.

Dalam ucapannya di hari kedua Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke 2 hari ini, Muhyiddin berkata kaum Melayu harus menerima hakikat bahawa pencapaian kaum majoriti itu masih agar keterbelelakang.

Muhyiddin menggesa agar agenda Bumiputera baharu itu dinamakan Pelan Kemakmuran Bersama.

"Di hadapan YAB Tun, Pengerusi parti kita yang juga Perdana Menteri, saya dengan rendah diri memohon agar Tun menyokong dan menerima cadangan ini untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

"Boleh Tun? Semua setuju?," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Cadangan itu mendapat tepukan gemuruh dan turut dipersetujui Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, agenda ini akan menumpukan kepada usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Ia termasuk peningkatan pendapatan isirumah, kemajuan dalam bidang kerjaya dan keusahawanan, serta kenaikan dalam kadar gaji, nilai simpanan dan pemilikan aset.

Sebelum ini, dalam majlis perasmian Persidangan Tahunan Srikandi dan Armada, Muhyiddin telah mencadangkan supaya satu agenda Bumiputera dijadikan dasar teras kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, penjenamaan semula ini termasuklah prasyarat utama dasar ini dalam mewujudkan kemakmuran negara yang dapat dikongsi secara adil dan saksama oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, kelas dan wilayah.

"Yang ingin kita wujudkan ialah keadilan dan kesaksaman dalam pendapatan dan pemilikan kekayaan di kalangan rakyat. Tidak ada satu kumpulan pun dalam masyarakat kita yang ketinggalan.

"Dengan itu, kita dapat mewujudkan kestabilan, kesepaduan dan kemakmuran dalam negara kita yang dikecapi oleh semua rakyat. Justeru, Agenda ini bukanlah agenda kaum, tetapi satu agenda nasional," katanya lagi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended