TERKINI : Ku Li Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO
  • 5 years ago
Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah majlis penasihat bagi memantau perjalanan dan hala tuju parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jemaah itu akan dipengerusikan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

"MT UMNO telah bersetuju tubuh Jemaah Penasihat dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

"UMNO juga tubuh 9 Majlis yang meliputi beberapa tanggungjawab bagi perkasakan parti sebagai pertubuhan politik," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended