TERKINI : PAS dan UMNO memang 'Adik-beradik' - Tun Mahathir

  • 5 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Pas dan UMNO adalah ‘adik-beradik’ selepas Pas tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

“Memang dia (PAS dan UMNO) adik-beradik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pas yang didakwa seolah-olah memberi laluan mudah kepada UMNO dengan tidak meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi DUN itu.



MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended