TERKINI : Pelapor Rasuah akan dilindungi - Tun Mahathir
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melindungi pihak-pihak yang memberi maklumat mengenai salah laku membabitkan rasuah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jaminan tersebut diberikan kepada mereka yang mengetahui aktiviti tidak bermoral itu dengan tidak perlu risau untuk melaporkannya.

“Saya tahu ada sesetengah orang perniagaan terlibat dengan korup, namun pelaporan mengenai mereka boleh dibuat dan tindakan boleh diambil oleh rakan atau sesiapa yang tahu tentang perkara itu.

“Tidak perlu takut. Kerajaan ini bersih, kami akan melindungi anda dari apa-apa bentuk tindakan balas, “katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 peserta yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Bersekutu (ACCCIM) di hotel Mandarin Oriental di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended