TERKINI : Mangsa Gempa Lombok Terima Pencen PERKESO
  • 5 years ago
Suami kepada rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail yang maut dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia menerima pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM814.88 setiap bulan berkuatkuasa serta merta.

Allahyarham telah memenuhi syarat cukup dan berkelayakan untuk Skim Keilatan di bawah Perkeso bagi melayakkan warisnya iaitu suami mangsa sebagai penerima Pencen Penakat untuk sepanjang hayat.

Mohd Hafiz Mohd Kassim,30, juga telah menerima bantuan sebanyak RM2,000 daripada Perkeso di bawah skim Faedah Pengurusan Mayat (FPM).

Sumbangan tersebut yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan cukup prihatin dan bersimpati dengan tragedi yang telah menimpa keluarga Nur lesmawida.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended