TERKINI : Najib dan Rosmah Keluar 'Beraya'

  • 5 years ago
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman mereka di Langgak Duta tepat jam 6.50 petang.

Rosmah yang memakai baju kurung hijau dilihat mengikuti Najib untuk ke satu destinasi yang tidak diketahui dipercayai menghadiri satu majlis rumah terbuka.

Kedua-dua mereka menaiki Toyota Vellfire putih bernombor pendaftaran QMN11.

Kereta yang yang naiki Najib dan Rosmah turut diiringi dua buah kereta lain iaitu Peugeot dan Kia Sportage.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended