Video - Gelagat Kanak-kanak Selepas Umum Esok Raya
  • 5 years ago
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun, ” katanya.

Pengumuman tarikh sambutan Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran radio dan televisyen tempatan. – MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended