Kerajaan arah henti kutip GST - Tun M

  • 5 years ago
PUTRAJAYA – Kerajaan telah mengarahkan agar kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihentikan.

Jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ini kerana kerajaan yang terdahulu telah mengutip jumlah kutip melebihi dari sepatutnya.

“Antaranya ialah bagaimana kita nak tamatkan GST, arahan telah diberi supaya kita tak kutip GST lagi dan cuba bayar balik kepada mereka yang telah membuat tuntutan kerana pihak kerajaan telah memungut lebih daripada yang perlu dibayar untuk cukai GST,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana sebentar tadi.

Walaubagaimanapun Tun M tidak menjelaskan adalah cukai tersebut dimansuhkan secara serta merta kerana sebarang pindaan perlu dibawa ke sidang Dewan Rakyat terlebih dahulu.
GST mula diperkenalkan pada 1 April 2015.-MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended