Enjin pesawat terbakar sebelum berlepas

  • 5 years ago
Enjin pada penerbangan Utair Boeing 737 dari Moscow ke Makhachkala terbakar ketika bergerak di landasan sebelum berlepas dari lapangan terbang Vnukovo, Russia pada Rabu.

Video yang dirakam seorang penumpang menunjukkan api tiba-tiba marak di bahagian bawah enjin pesawat.

Penumpang menggesa penerbangan itu dihentikan.

Dilaporkan, beberapa penumpang membuka pintu kecemasan dan berjalan ke sayap kanan, sebelum kembali ke kabin atas permintaan anak kapal.

Menurut syarikat penerbangan itu, gangguan aliran udara menyebabkan api marak dari enjin kerana ia berputar sebelum berlepas.

Bagaimanapun, penerbangan itu akan dikendalikan di kapal terbang lain.