UTM, Masjid Al-Muttaqin lancar projek Masjid Hijau

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 9 April - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Komuniti Hijau, Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, hari ini melancarkan Projek Masjid Hijau dan Perpustakaan Harun Al-Rasyid.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Ajib Ismail dan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM, Prof. Madya Dr. Johari Surif.