Muhyiddin ulas laporan Suhakam isu kehilangan Amri, Koh
  • 5 years ago
Pihak berkuasa boleh membuka semula kes kehilangan aktivis Perlis, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh, jika mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyalahkan Cawangan Khas Bukit Aman sebagai pihak bertanggungjawab ke atas kehilangan paksa Amri dan Koh, semalam.