Edisi Kupas: 'Diktator' bikin negara riuh

  • 5 years ago
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar baru-baru ini telah membuat satu kenyataan secara terbuka yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'Bekas Diktator' dalam satu temubual dengan Straits Times Singapura.

Dalam wawancaranya tersebut Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.

Dalam kenyataan itu, Nurul Izzah meluahkan isi hati beliau yang sukar bekerja dengan ‘bekas diktator’ yang dakwanya telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, malah pemerintahan negara.

Laporan seterusnya bersama wartawan Mastura Malak.