Terima kasih pada Daim, kata Guan Eng
  • 5 years ago
Pelantikan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai rundingan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan China, harus disokong kerana beliau adalah individu terbaik untuk tugas tersebut, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Kata Lim, Daim bebas daripada protokol antara kerajaan dan dapat membincangkan topik itu secara meluas.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.