Aksi spontan MP Kuala Krau cium tangan Dr M

  • 5 years ago
Ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di lobi Parlimen semalam, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said secara spontan muncul meminta maaf dan mencium tangan tokoh negara itu.

Permohonan maaf itu susulan gurauan pantun yang diberikannya kepada Dr Mahathir sewaktu mengemukakan soalan sesi pembukaan soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada pagi Rabu.

"Terima kasih atas jawapan tadi, minta maaf gurau pantun-pantun sikit tadi," kata Ismail.

Sila rujuk: https://youtu.be/z-C0RU3jrIs - Dr M jawab pantun 'gurau' MP Kuala Krau