Tiada data perkasa bumiputera ranapkan ekonomi - MTEM

  • 5 years ago
Tiada kajian membuktikan bahawa usaha mengangkat ekonomi Bumiputera akan meranapkan ekonomi negara, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman, berkata pihaknya menyokong penuh sebarang usaha pihak kerajaan melaksanakan agenda Bumiputera.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.Oleh itu katanya, MTEM menyokong penuh kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin bahawa kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih adanya satu keperluan mendesak untuk memperkasakan agenda bumiputera.

Recommended